myTunes

Tuesday, June 06, 2017

Langkawi Trip

Hey bloggy!!!! Lamanya tak singgah sini. Last was in January and sekarang dah June.
I promise (agaknya) nak update on my Langkawi Trip. So here goes....


Our flight was forward to 8.30am therefore sebelum subuh kiteorg semua bangun nak ke airport. Kali ni we olls naik Malindo okay.!! Orang yang big size like me I recommend Malindo. Arrive at Langkawi around 9.30am. Pagi-pagi perut of course lapar. Pada mulanya I malas nak sewa kereta tapi dapat deal yang menarik so I took it juga. Van Toyota Serena for 7 pax RM100 per day. Deal yang  ditawarkan di Airport lebih murah berbanding di online. So pada sesiapa nak sewa menyewa tu sampai Airport terus tgk deal-deal yang ada. 

Next stop, terus drive ke hotel tapi along the way to cari kedai makan. I duduk dekat Landcons Hotel, Pantai Cenang. Parking dekat Pantai Cenang ni susah sebenarnya. You can park sebelah kanan jalan sahaja. No need parking ticket or whatsoever. Hari pertama tu jauh sikit parking dari hotel. 

To tell the truth kiteorg tak da aktiviti pun melainkan tidur dan makan. Cuma shopping tiada henti jek. Yelah dah duduk depan duty free zone mall adakah you nk tgk jek orang keluar masuk mall tu? Never kan? So entah berapa kali la kiteorg shopping chocolates & etc. 

Second day, nak pergi makan shell out kat dataran helang. Baru lah kami keluar ke bandar. Parking jauh juga lah sebab tak nak parking mana kan. Rupanya ada tempat parking kat dalam. Takpelah kita jalan kaki sikit. Dekat dataran ni ramai orang tapi my family kalo dah dapat camera orang kiri kanan peduli ape. Mulalah perjalanan aku jadi cameraman. Pakai hp Oppo camnie la jadinya..


Actually Shell Out dekat Dataran Helang ni pemilik Chef yang ada nama tapi sorry aku tak ingat apa namanya. Memang sedap!! Tapi portion kecik giler. Untuk 4 orang tapi mcm 2 org jek. Itupun ada rasa lapar lagi tau!! Dah habis makan kita C.A.B.U.T lah balik hotel. Cer rasa buat ape? Shopping lagi laa.. Pastu kita makan lagi. Char Kuey Tiaow memalam mmg terbaik. SedaP! Portion pun puas hati. Char Kuey Tiaow ni buka waktu malam jek. Tepi jalan kt hujung Duty Free Mall.

ig: laynakim

Kalau nak cakap pasal food kat Pantai Cenang ni tak yah nak berharap sangat. Subang ni lagi sedap, Price? sama jek ngn Subang. Cekik darah!. Tapi kalau nak share tempat makan gak. I pergi makan kat hujung sikit. After Landcons, dalam 50 meter sebelah kiri ada kedai JANGGUS CENANG IKAN BAKAR. 4 stars for overall. Taste sedap, harga berpatutan dan service pun bagus. 


Kalo rasa nak tgk gambar-gambar yang dipost di IG boleh la cari #laynagilangkawi huhuhu situ bnyklah gambar makanan. Breakfast tepi jalan pun ada. That's all for Langkawi.

Next pasal bulan ramadhan!!! Dah masuk hari ke-11. Terasa dekat jek Raya. Tapi kali ni Raya, tak macam Raya. Adik kerja sampai raya kedua persoalan disini bila dapat pakai baju raya? hahaha Yela kalo kat kpg raya pertama and kedua jek berjalannya pun. Raya ketiga dah melepak dok depan tv. Maka tahun ni baju raya buat perkasam. hehehehe Teringat Raya tahun lepas ada orang datang jemput di kampung. Masa tu ingat ke akan kekal selamanya tapi silap. Singgah sebentar jek rupanya. heheheh It's ok. It was a good memories kan. Anyway masih ada 2 minggu lagi utk Raya. Semoga ada rezeki lebih kali ni. Later peeps!! Nanti kita update shopping raya kalau ada. hahahaha Semangat I nk shopping ni!!! Video kat bwh overall time bercuti di Langkawi.