myTunes

Showing posts with label engagement preparation. Show all posts
Showing posts with label engagement preparation. Show all posts

Saturday, December 14, 2019

Part 1 - Engagement Preparation

Hey all! I'm due on posting this topic. But I still want to share with peeps out there. Pada siapa yang clueless and maybe jenis kena buat benda semua sendiri.. taraaaaaaa I'll post my engagement preparation and journey so other peeps boleh amek contoh yg baik.. yang tak baik tu tuttup jela sebelah mata.

Cerita macam mana aku boleh nak bertunang ni sangat simple. Setiap kali aku cerita orang mcm susah sangat nak percaya. Aku yang punya cerita aku tahu la.. ni tak.. mereka tak percaya.. haisshh

Kisahnya aku kenal dia sebab dia berkawan dengan akak aku. Masa aku mula lepak dengan geng-geng akak aku ni aku tengah putus cinta. Masih ingat kisah sepatutnya aku bertunang in December tu? Tak jadi!! Alasan macam-macam padahal ada perempuan lain. Kalau nak tahu kisah ni lain kali la aku citer ya. So nak mencari ketengangan aku pun ikutlah akak aku. Boleh gelak and lupakan sebentar masalah menimpa. Aku dan dia adalah kawan. Memang kawan yang tiada perasaan cinta (itu aku) Tak rapat pun baru je kenal around Nov 2017. Selepas 5 bulan berkawan, aku boring dengar orang asyik cakap aku dengan dia bercintalah bukan kawanlah. Sesuailah...
 Masa tu aku memang tiada niat nak bercinta sebab baru putus cinta and was really hurt. Dia jugalah yang nampak kesedihan aku hahahha.
Bila dah ramai sangat cakap aku pun dengan selambanya "kalo rasa boleh dengan aku, masuk la meminang". Aku tak mahu bercinta. Kalau nak kahwin terus. Dia sahut cabaran tu. And walaaaah 16 March 2019 kami bertunang atas request mak dia. Aku nak suruh merisik je hehehe..

Let me tell you planning untuk bertunang pun bukan mudah. I got people who always put me down. Aku sampaikan niat aku pada saudara mara. Pak cik aku tu aku rasa nak lempang pun ada. Sibuk tanya ibu aku dah kenal belah sana ke belum. Ibu aku kena kenal dorang dulu la ape la. Pada ibu aku, yang patut kenal family dia adalah aku sebab nanti mereka sebahagian dari aku. Kalau sesuai buat aku, sesuailah. Mase pak cik aku dok pester pasal benda ni aku nak je ckp ko yang dah kenal family menantu kau pun anak kau bercerai. So? Lagipun sepatutnya kami semua berkenalan time merisik tapi sebab nak bertunang sekali. Jadi sekali gus la.Aduhhh orang lain yang buat pening.

Let's get on with the topic. Aku akan list down apa yang patut korang fikir untuk buat majlis merisik/tunang. Plan asal was aku nak buat simple. No pelamin, sarung cincin atas kerusi je. Baju kurung kat kedai peace. Tapi bila aku dah buat budgeting aku rasa aku mampu compare to 2 years ago. Jadi aku go on dekat apa yang aku nak. Tema bertunang aku adalah Biru. Family aku pakai royal blue dan aku pakai baby blue.

So below is the list in sequence:-

1) Venue - rumah, kampung or rent a place
2) Food - catering or masak sendiri
3) Hantaran - makanan or barang
4) Attire - sedia ada or beli/tempah baru
5) Lain - lain - pelamin, doorgift, mua, khemah, kerusi & meja, homestay, langkah bendul

1) Venue / Location
Paling jimat adalah buat dirumah sendiri. Tetapi aku tak mungkin nak buat dekat rumah dengan mengetahui keadaan rumah aku macam ship wreck. After lots of discussion aku decide buat dekat kampung. Alhamdulillah aki aku pun support untuk buat kat sana. Kampung aku di Raub, Pahang and belah lelaki pula dari Terengganu jadi perjalanan tu takda lah jauh sangat.
My other options were rent a homestay or venue macam ruang. Tapi perbelanjaan die maakk aii. Jadi kalau korang nak save budget buat di rumah sendiri. 

2) Food
This is so important. I balik kampung 3 days before the majlis. So I plan all my meals. 3 days tu sangat hectic and memenatkan dengan keadaan aku yang tak sihat. Bayangkan sehari sebelum aku boleh kena beguk. Oh my god! Memang sangat stress.
We order catering for the majlis from mini catering. You can check her IG "Anakmakina". Kuih I order from my aunt.
Lunch Menu for Majlis
Nasi Putih
Gulai Lemak Ayam
Daging Rendang Hitam
Sayur Campur
Ikan Masin 
Sambal Belacan
Buah Tembikai
Kuih Bakar
Kek Lapis
Air Sirap
Coffee & Tea


Daging Rendang Hitam was cooked by my brother. Dia punya daging ni setiap kali raya memang menu wajib. Bukan senang ok nak prepare 6kg daging ni. Banyak sangat step nya. Kalau ada masa I share. Kuih Bakar aku order dari Mak Long aku. Tiada siapa boleh challenge dia punya kuih. Kek Lapis sponsored by adik aku. Junior dia selling kek lapis. Buah, coffee & tea tu sendiri prepare laa.

Family lelaki datang sehari sebelum and they arrived pun dah malam. So we prepared dinner for them. Dengan ada drama plak yang berlaku petang tu. Semua emotionally unstable. Dengan pak cik aku yang tak habis habis pester kami. Betol-betol bergaduh kami sehari sebelum majlis. Elok-elok dia jadi wakil aku terus cancel. Nasib baik ada aki dan adik ibu aku. Kelam kabut jugalah. Sebenarnya pihak perempuan tak perlu sediakan makanan untuk family lelaki tetapi sebab mereka sampai lambat jadi atas baik hati family I (tangan ke dada mata ke atas) kami sediakan untuk mereka. 
I buat dekat kampung and I tak kenal any caterer. I terjumpa mini catering dekat raub and I just DM dekat  FB and bayar deposit. Mesti orang tanya boleh percaya ke? Alhamdulillah I tak kena tipu. Makanan dia pun sedap. Kenapa I berani amek? Sebab dia selalu hantar makanan for company/corporate.

3) Hantaran
I beruntung because my mom serahkan pada I. Aku decided utk buat 3 balas 3. Lagipun ni hanya bertunang. 

Dulang Lelaki: 1) Sebentuk cincin dan tepak sireh 2) cake 3) gula-gula, garam, gula dan asam keping


Dulang Perempuan: 1) sebentuk cincin dan sirih junjung 2) cake 3) kek lapis dan biskut



Mesti pelik, kenapa ada garam, gula dan asam keping? Sebab adat orang sana, katanya represent masam, manis dan masin kehidupan rumah tangga yang akan dijalani.

Pada sesiapa nak order cake or manisan I suggest you check IG Chachacake. Cake dia serious sedap harga berpatutan. Both our cake by her. 

 Setengah family akan minta 5 balas 7 dan ada juga time bertunang duit hantaran diberi separuh dulu. Alhamdulillah Ibu seorang yang memahami dan tak kisah pun. Dia cakap asalkan sebelum nikah nanti duit hantaran diberi. Nilai duit hantaran juga ditetapkan oleh aku. rahsiiaaaa~






4) Attire
Kenapa aku letak pakaian no 4 sebab this is paling tak penting antara yang atas tu. Pada yang size available semua kedai boleh je pergi kedai baju and beli. Kot jovian ada sale ke boleh pi usha kan? Walaupun jovian ada size besar masih belum cukup besar untuk aku. Aku decide to tempah luar. Pada semua plus size or big size bride macam aku, boleh check out IG Effie Sabrina. They really cater baju kurung to plus size sampai size 10XL tak silap I. 

I'm so lucky pada masa tu Jackel buat promotion. Really price cut! I bought baby blue valentino fabric cost RM13 per metre and sparkling lace cost RM30 per metre. End up I bought for my fiance juga that baby blue valentino untuk dijadikan kurta.


5) Lain - Lain
a) Pelamin
b) Doorgift
c) Homestay
d) Khemah, kerusi & meja
e) Makeup artist (MUA)
f) Langkah Bendul

Kenapa aku groupkan semua diatas sebagai lain-lain? Sebab tak semua orang perlukan pelamin atau homestay. Pada niat asalnya pelamin dan doorgift pun tak ada dalam list aku tetapi masa pergi tunang sepupu aku dapat doorgift dekat situ buat ibu ada keraguan. hahahaha... 

Pelamin - bare in mind yang aku buat dekat kampung. Jadi aku tak tahu any wedding planner. Niat dihati nak DIY je tetapi jauh la pula nak pi collect barang. Nasib baik aku amik no telefon tukang buat pelamin mak cik aku last year. Aku tunjuk gambar pelamin yang aku nak and harga dia bagi sangat berpatutan sekali less RM300 dengan pasang pelamin dan transport. 


Doorgift - Aku buat for 100 pax cost must be RM50 and below. Aku bought chocolate chip cookies RM1 ada 10pcs dalam tu. Kemudian aku beli kotak di ThankQ, Nilai and beli plastik kecil untuk packing. I really recommend this. 

Homestay - Aku sediakan untuk belah lelaki sebab dorang datang dari jauh. Jadi aku sediakan tempat tinggal. Kalau family lelaki dah ada tempat tinggal tak perlulah nak sediakan. Kalau ikutkan masa bertunang pihak perempuan tak perlu sediakan tempat tinggal untuk keluarga lelaki. Ini atas perbincangan you dengan bakal you. (baik aku ni kurangkan bebanan pihak lelaki hahaha)

Khemah, meja dankerusi - Kalau kt kampung mmg sangat memerlukan. Sebab rumah aki aku halaman luas. Jadi senang. Aku sendiri memang bukan jenis makan atas lantai. Bukan memilih atau berlagak tetapi sebab aku berbadan besar kalau duduk atas lantai seminit je dah sakit kaki. Aku siap add on kipas besar lagi. Panas woiii tgh hari buta.
Makeup Artist - Aku super lucky dapat MUA yang selalu improve her skill. I remember saw her first few post on her work. Biasa2 but really like it. So masa time dia make up aku serious skill dia improve gila. Pada yang duduk raub boleh guna khidmat dia. Satu je aku pesan tolong jangan bargain harga, Barang yang dia pakai bukan barang murah. Serum dan moisturize jer cost her almost RM200 so that she can prep your face properly. Check out her IG Makeupbyeifa.

Langkah Bendul - pada sesiapa yang ada kakak belum berkahwin bersedialah. You need to sediakan langkah bendul ni. Alhamdulillah akak-akak aku terima apa sahaja aku nak bagi. Jadi aku bagi kain 6 meter sorang. Sebab sale jackel punya pasal aku beli je cenggitu. hahahahha

Kalau ikot kan apa yang aku citer dalam ni semua yang dah simplify sebab kalau cerita aku punya research and survey on price and vendor. Setahun juga la aku plan majlis ni. Sebab nak kumpul duit bulan2. Yela kita tak pernah plan nak kahwen tahu simpan duit pi holiday je. Ni dah habis holiday duit pun dah abes kenalah menabung balik. Tapi Alhamdulillah cukup je semuanya. 

Cost engagement aku around RM2500 - RM3000 total all in termasuk lah dengan makan selama 3 hari aku kat kampung tu dengan petrol and tolls. Next up aku akan update tentang wedding planner aku. tunggguuuu~

Sebelum tu meh kita layan lagu cinta...

Monday, August 22, 2016

December = Engagement Day



Hey smaxy blog of mine. It has been a long time I post anything here. I so anticipating this coming December. Why? Remember my previous post on 34 days since he left? Yup, I have set the date for my engagement. 24th December 2016!!! woohhoooo!!! He will be out in 2 weeks. Really missing him badly.

Masa mula-mula I discuss with my boyfriend I chose to do simple. Tapi bila dah tengok gambar-gambar online I became greedy. And then I jadi bride-zilla. Biasalah orang control freak memang macam ni. Bukan apa, I felt like nobody on my side. Macam kita buat sendiri jek. They know my taste yet they bagi advice base on their taste. So not helping!!! It's not easy untuk buat decision so I need someone who know my taste and bagi ideas yang I bole relate and suka. Not on what you prefer. I jadi geram, feel nobody help me and give up. Nasib la I tak give up on bertunang. hahaha.. Bila Ii tengok my friends or cousins yang dah bertunang or berkahwin I recall balik during their days. Parents dorang yang uruskan tetapi me? I feel so alone with my boyfriend not here so I have to do everything on my own yet I got criticize. Nobody support my choices. I really remembered that I cried at my boyfriend one night. Thanks to him I feel a little better. From there I stop doing every search or survey.

Tiba-tiba dah bulan Ogos!! Ada 4 bulan jek lagi. Baru la nak pergi cari kain bagai. Itu pun I still didn't send to tailor. Merajuk betul hati ni. Ada juga la rasa malas. Entah maybe sebab boyfriend tak da kat sini so rasa macam kita sorang-sorang jek yg nk bertunang, huhu~ baru-baru ni I search on pinterest for inspiration board on colors.


credit: ElegantWeddingInvites Pinterest

My theme would be Emerald Green & Peach. Idea ni datang bila I went to Kamdar Puchong. I saw beautiful emerald green lace and thought hey why don't I choose green. My boyfriend wore green for Raya. So I used his color for mine e-day. Tak payah la die nak beli baju baru. Pakai jek baju tu. hehe!~ I thought of pink or blue for my family. Ibu said asyik-asyik color biru and pink jek. Because those 2 colors we wore for Raya. I thought nak jimat duit for them supaya tak payah beli baju. But Ibu still nak buat baju baru. Excited! So Ibu chose peach. That's how emerald green & peach is my theme. I search in pinterest and thought it was a good choice. I'm not designing any highclass baju for tunang. Just a simple baju kurung moden but using lace and some added sequins.



Similar to the above picture except that my lining is way much more lighter color. I'm not going for bold this time. I need to be sweet right for my e-day. hahah!!~ My friend has a regular tailor so she recommend me to send there but I still didn't go yet. Maybe end of this month. I'm not going to wear tudung and not sure about veil too. If I'm going to wear veil I will be DIY. I found one for my inspiration.


For hair I would obviously ask my bff to do it for me. She is my hairstylist after all. I found a few bridal braid that I like with a simple accessory but if I'm going to wear veil then no accessory. I prefer sweet and simple braid as my hair is thin and short. Thought of simple low bun but my bff scold me saying no simple. hahaha!~ As for make up I will be doing it myself. I've been searching in youtube for ideas and new eye shadow pallet. Oh gosh! I need to buy new brushes, new eye shadows colors and foundation too. I used Covo but I can't find the store anymore in pyramid. Anyone knows where they move? I watched Sendayu Tinggi make up tutorial online. Their product is good but not suitable with my skin. Their foundation is cream base while my skin is dry, redness and big pores. So I prefer liquid but I think I'm gonna try it. hahaha!~ I even bought Meet Matte Nude from The Balm eye shadow. The only things I need to buy now are Urban Decay eye primer, eye shadow brushes, concealer brushes and blending brushes. Hopefully the result will be pretty and sweet.

I don't have any big plan for pelamin. So I just use my aunt's chair and renting some props to enlighten that area. I found Pelamina.co IG and check out their prices. It's quite affordable and really recommend it. I'll rent 2 white vase with flowers and white carpet.

Untuk hantaran I dah minta my boyfriend not to give any expensive things. Make it 3 by 3. I hanya sediakan cake, chocolates and fruits and asked him the same. Selalu sebelah lelaki cukup dengan cincin, tepak sirih and cake or whatsoever. Bila nak nikah nanti baru kita buat hantaran all out. hehehe!!~

Bagi cincin pula I said to him that I suka solitaire but it would be too much for bertunang. Maka I cakap kalau solitaire dia mampu masa nikah jangan bagi cincin. Kita tukar bagi rantai atau gelang. Takda lah penuh jari I kan. hehe!~ tapi kalo mahal kita beli yang biasa sahaja macam eternity ring.

Sample of Solitaire Ring

Sample of Eternity Ring




Besides than all the above, I also list what should I do for myself before E-Day.

1) Hair Management - Treatment
2) Facial Spa - Whitening, Scrub
3) Dentist - Scaling
4) Manicure & Pedicure - Cuci kuku

Hopefully I dapat buat semua ni before my E-Day.

Till here and see you in next post!!

Sekarang tengah mood lagu cinta.. Rindu dekat dia!!~ Sabar ada 2 minggu jek lagi.. hehe