Aku benci dengan perasaan ini.
Sedang aku menikmati hari ku sendiri, mengapa pula perasaan ini hadir?
Aku tahu ia bukan diundang malah bukan jua dirancang
tetapi mengapa sekarang?
Sebelum ini aku cukup tenang..
sekarang di hati begoncang.
Bila aku bersendirian gelak tawanya aku dengar.
Tatkala aku menutup mata senyumannya pula kunjung tiba.
Entah bila perasaan in hadir, yang pasti ia sudah ada dan
sedang kembang mekar di hati.
Bilakah perasaan ini akan berhenti
kerana aku takut kecewa nanti.
Patutkah aku menjauhinya supaya ia hilang nanti????
Sulit sungguh bila AKU SUDAH JATUH CINTA..