myTunes

Wednesday, October 03, 2007

CInta tak perlu bersatu -Sinopsis

Keluarga Zarishwan tiada bezanya dengan keluarga lain. Zarishwan (Wan) mempunyai isteri yang berjaya dengan perniagaan butiknya "Karlina Wears". Isterinya bernama Karlina Surin (Sue). Allah telah mengurniakan mereka sepasang anak. Anak yang pertama Ahmad Shahrul (Erol)berusia 25 tahun sedang bekerja di Syarikat Tanne Engineering bahagian "Civil". Anak bongsu pada pasangan ini ialah Meliana Syazana (Mel) berusia 20 tahun masih menuntut di Mc Beal College jurusan perhotelan. Peristiwa 5 tahun lalu menyebabkan Meliana berubah kelakuan. Pada dia berusia 15 tahun, Sue terlalu sibuk dengan perniagaannya manakala Shahrul belajar di England. Wan berasa sunyi dan kesepian lalu mencari wanita lain untuk menghilang rasa itu. Dengan tanpa disedari, Meliana ternampak akan kemesraan Wan bersama perempuan lain itu. Ditambah pula kejadian menimpanya di "Pan Pac Pub". Aqmal Firuz (Mal) sering mengajak keluar. Disebabkan keakraban itu, Mal cuba mengambil kesempatan atasnya pada waktu Mel mabuk. Namun Mel sempat melarikan diri. Kerana tertekan Mel hisap rokok, minum dan juga mencuba dadah. Namun dimasih dapat diselamatkan apabila kawan baiknya Farisha Emelda (Sha) yang berkali-kali tidak putus menolongnya. Dengan keberkatan Allah Mel dah bukan seorang penagih tapi rokok tu masih tak berhenti.

bersambung........