myTunes

Wednesday, October 03, 2007

Sambungan -Cinta tidak perlu bersatu

Pemergian Mel diiringi air mata apabila terpaksa meninggalkan Sha, Erol, Wan dan Sue. Namun ini adalah untuk kebaikkan dirinya. Setibanya di Melbourne, Mel ditempatkan di Lonsdale Street berdekatan dengan hotel. Sudah 8 bulan Mel bekerja di Melbourne. Berat badan Mel makin susut dan dia telah keluar masuk hospital. Rakan tempat kerjanya pun pelik dengan perubahan perangai Mel. Mel sering menangis sendirian dan termenung jauh. Pada suatu hari ketika dia sedang minum di Starbucks, dia didatangi oleh seorang lelaki. Rupa-rupanya Fiq! Sudah lama mereka tidak bertemu. Fiq terhenti untuk memeluknya apabila ternampak cincin dijari manis yang melambangkan Mel sudah dimiliki oleh lelaki lain. Selepas penemuan itu, mereka sering berjumpa dan bercerita kehidupan masing-masing setelah hampir 8 tahun tidak bertemu. Malangnya, kebahagiaan mereka terganggu akan kehadiran Adam yang mencari Mel semula.

*Adam mula merasa sepi apabila Mel pergi meninggalkannya sendiri. Dia sedar bahawa sepatutnya dia menjadi ketua keluarga untuk membina keluarganya sendiri bukan dengar cakap ayahnya yang berdendam dengan keluarga Zarishwan. Tapi malang tidak berbau, kini dia kehilangan isterinya yang baru dia ketahui hari ini bahawa dia amat cintakan Mel*

Adam sering mencari gaduh dengan Fiq kerana mencurigai Fiq akan merampas isterinya. Kerana terlalu kerap pergaduhan ini berlaku, Mel akhirnya mengeraskan hati untuk bercerai dengan Adam. Mel membuat tuntutan terhadap Adam bahawa dia sering mencederakan isterinya dan berkahwin atas alasan berbalas dendam. Cukup 14 bulan perkahwinan mereka akhirnya Mel diceraikan. Fiq tetap mendampingi Mel tapi belum sempat masalah Mel ditimpa sekali lagi apabila rupanya Fiq sudah bertunang dengan orang Melayu Australia yang baru balik dari Amerika tujuan perniagaan. Adrianna Natalea (Ed) seorang yang kuat cemburu. Ed pernah beberapa kali menyerang Mel ditempat kerja menyebabkan Mel malu dan berhenti. Walaupun telah dimarahi oleh Fiq, Ed tetap berdegil dan keras hati selagi Fiq tidak berhenti jumpa Mel. Ini menguatkan lagi tekanan yang dilalui Mel dengan penyakitnya yang parah. Dengan tekanan yang diberikan oleh Ed, Mel memujuk Fiq untuk berkahwin dengan Ed. Fiq tidak bersetuju kerana setelah sekian lama dia menunggu Mel dan saat gembira ini tidak seharusnya dilepaskan. Dia melutut dan berkata "would u be my wife in this life and forever? In poverty and prosperity?" Fiq ingatkan bahawa ini adalah saat paling dinantikan tapi tidak. Mel menolak. Mel berkata dia ada sebab-sebab tertentu mengapa dia menolak. Mel masih memujuk Fiq untuk berkahwin dengan Ed kerana dia menyintai Fiq bagaimana Mel mencintai Fiq. Ini permintaan Mel. Akhirnya kepala keras Fiq berjaya dilembutkan oleh Mel.

bersambung.......