myTunes

Wednesday, October 03, 2007

Final Episode... -Cinta tidak perlu bersatu

2 minggu telah berlalu dan persiapan untuk perkahwinan Fiq dan Ed telah pun siap. Fiq jumpa Mel pada malam sebelum perkahwinan tersebut diadakan. Mel telah memberi sepucuk surat pada Fiq sebelum meninggalkan Fiq sendiri. Mel meminta Fiq untuk membukanya esok. Dengan menghormati keputusan Mel, Fiq pun beredar. Perkahwinan Fiq dan Ed cukup meriah dengan kedatangan rakan-rakan, ahli keluarga dan jiran-jiran. Lagi beberapa jam, Fiq akan bergelar suami pada Ed. Mata Fiq berkeliaran mencari surat Mel semalam. Bagaimana dia boleh terlupa untuk membukanya. Surat Mel dibacanya perlahan....

Assalamuailaikum Fiq,
Fiq pertama sekali Mel nak minta maaf sebab tak dapat jadi isteri Fiq. Fiq tidak pernah kekurangan apa-apa. Bagi Mel, Fiq sempurna tetapi Mel bukan orangnya untuk menjadi isteri Fiq. Mel tidak sesuai. Fiq seorang yang tabah meniti hari-hari hidup dimuka bumi ini sebagai ihsan. Tapi Mel tidak. Mel tidak dapat bertahan lagi. Mel tidak dapat hidup lama. Mel mengidap penyakit barah paru-paru sudah lama. Penyakit Mel dah parah dan tak dapat disembuhkan lagi. Mel mungkin akan mati esok, lusa atau bila-bila saja. Mel tak nak Fiq sedih kalau Mel dah tiada dan Mel tak menyusahkan Fiq kalau Mel sakit. Sepatutnya Mel jaga Fiq bukan sebaliknya. Sebab itu Mel tak nak terima lamaran Fiq. Mel minta maaf. Pertemuan kita semalam adalah untuk kali terakhir. Cakap dekat Ed, dia bertuah memiliki Fiq sebagai suami. Lepas ni Mel tak akan kacau dia lagi. Mel akan balik ke Malaysia hari ini. Selamat Tinggal Fiq dan Tahniah on your perkahwinan. I love you as long as I live.
Yours truthly,
Meliana Syazana
Fiq terkejut dengan apa yang Mel tulis dalam surat. Lalu dengan segera dia menurun anak tangga dan mengambil kunci kereta. Semua yang lihat kelakuan Fiq, menyuruhnya berhenti dari pergi. Tapi Fiq tak peduli dan berharap agar dia sempat ke airport sebelum Mel naiki pesawat. Sampainya dia di airport, merata-rata dia mencari Mel. Kata pekerja information counter tadi, penerbangan ke Malaysia dalam masa 2 jam lagi. Tapi kelibat Mel tidak dapat dijumpai. Fiq akhirnya menjumpai Mel di cafe. Fiq memohon pada Mel agar berkahwin dengannya. Dan Fiq sanggup sehidup dan semati dengan Mel. Dia ingin menjaga Mel walaupun dia tahu Mel akan mati. Mel yang dari tadi diam membisu dengan wajah yang pucat lesu tiba-tiba batuk sehingga darah memercik keluar dari mulut ke tapak tangannya. Dengan lantas dia rebah dan disambut oleh Fiq. Mel berkata "Fiq, Mel rasa my time is up. Mel nak minta maaf kalau selama ni Mel banyak menyusahkan Fiq. Mel nak minta satu lagi pertolongan dari Fiq. Tolong kebumikan Mel dekat Malaysia yer. Mel nak ditanamkan dinegara Mel dilahirkan dan dibesarkan." Fiq hanya mampu menangis dan menggelengkan kepalanya. Mel pula sudah mula mengucap dua kalimah syahadah. Fiq pula menjerit meminta tolong panggilkan ambulans. Keadaan mula kecoh di airport. Sekuat mana pun kita cuba menghalangnya namun ia adalah suratan Allah swt. Hidup dan mati ditangan tuhan. Apalah daya kita hanya manusia biasa. Mel meninggal dunia pada tarikh pertemuan kali pertama mereka berdua bertemu. Perkahwinan Fiq dibatalkan dan ditunda bagi menghormati kematian Mel. Jenazah telah diterbangkan ke Malaysia. Beberapa tahun telah berlalu, Fiq telah menikahi Ed dan pilih untuk menetap di Malaysia. Fiq telah membuka sebuah Hotel di Langkawi iaitu Meldel's Resort. Meldel adalah gabungan Meliana dan Aidel. Untuk membuka sebuah hotel adalah impian Mel dan Fiq telah melaksanakan impiannya. Walaupun sudah berkahwin, dalam hati Fiq tetap gadis yang paling dia cintai Meliana Syazana.