myTunes

Wednesday, October 03, 2007

Sambungan... -Cinta tidak perlu bersatu

Kawan Sue dan Wan dari Australia datang bersama isteri dan anak manginap di rumah mereka. Mereka adalah kawan Sue dan Wan semasa Wan bekerja di Australia dulu. Mereka datang ke Malaysia pun atas sebab urusan kerja. Azman Riyadi (Man) dan Anita Heather Erickzky (Nita) mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Aidel Rafique (Fiq). Dalam masa seminggu penetapan mereka di Malaysia, Fiq dan Mel telah jatuh cinta dengan satu sama lain. Setelah pemergian Fiq, Mel tidak menerima sebarang berita lagi darinya. Mel berasa sedih dan derita kerana akhirnya dia tahu bahawa dia tak akan miliki Fiq lagi. Beberapa tahun telah berlalu, cinta yang berputik diantara Sha dan Erol telah berbuah. Perkahwinan dilakukan secara besar-besaran. Mel pula berpeluang menjadi pengapit Sha. Namun rasa keseronokan tidak lama, kerana syarikat kepunyaan Wan dilanda masalah kewangan dan mungkin terpaksa berdepan dengan bankrupt. Disebabkan saham jatuh menjunam, syarikat terpaksa dijual pada harga yang murah dan musuh ketat Syarikat ZW Contractors iaitu Syarikat Dims Contractors sanggup membelinya. Namun Wan meletakkan syarat bahawa nama syarikat akan tetap kekal dan dia masih mahu mengendalikannya. Syarikat Dims setuju hanya jika anaknya Adam Daniel (Adam) dikahwinkan dengan Mel. Mel tidak setuju namun atas desakan Wan dan Sue membuat Mel berubah fikiran. Sha dan Erol amat bahagia setelah berkahwin selama 2 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama "Ahmad Fiqri" tapi bukan bagi Mel yang menderita sepanjang perkahwinannya dengan Adam. Penderaan yang tiada hentinya membuatkan Mel tekad untuk menerima pekerjaan yang ditawarkan di Hotel Grand Chancellor Melbourne, Australia.

bersambung.....